Tuesday, June 15, 2010

JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG YANG HEBAT DARI YANG TERHEBAT.

Berfikiran Positif.
Apabila kita mampu berfikiran positif semasa diri tertekan, nescaya kita mampu mengawal emosi kerana dengan berfikiran positif kita dpt melihat kebaikan yang tersirat di sebalik tekanan tersebut dan akan merasa tenang.


Tenangkan Fikiran.
Bertenang dapat mengawal emosi kerana apabila bertenang kita mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak melulu. Fikiran yang rasional menghasilkan tindakan yang betul, berkesan serta mengurangkan tekanan.

Sentiasa Senyum.
Ianya merupakan tindakan yang mudah, serta memberi kesan yang bernilai. Senyum dapat menenangkan perasaan yang berkemuncak. Oleh itu cubalah senyum di dalam setiap perkara, ianya dapat menunjukkan ketabahan seseorang.

Motivasikan Diri.
Kadang-kadang di sebabkan terlampau kecewa,kita berasa hilang semangat,bersendirian,dan gagal mengatsi kekecewaan.oleh itu,kembalikkan semangat diri dengan cara bermotivasi diri.

Sentiasa memaafkan orang lain.
Apabila kita menyimpan perasaan tdk puas hati dengan orang lain, caranya, lupakan kesalahan individu tersebut dan memaafkannya dan jangan memikirkan masalah tersebut.T indakan begini dapat menenangkan perasaan kita dan dapat membina kekuatan bagi menyelesaikan masalah.

Berdoa.
Berdoa adalah cara yang terbaik bagi menenangkan fikiran. Ketika ingin berdoa sudah tentu fikiran kita berasa tenang kerana doa tidak pernah di lakukan di dalam keadaan yang marah. Menceritakan segalanya kepada MAHA PENCIPTA, kita akan memperoleh kekuatan bagi mengawal perasaan, seterusnya dapat mengatasi masalah yang di tanggung tersebut.

1 comment:

  1. ini kamu punye centre ke yang anjurkan??wah2..hebat..

    ReplyDelete