Thursday, June 24, 2010



KAU DI GELAR SEBAGAI PENYERI DUNIA
HADIRMU MELENGKAP HUBUNGAN MANUSIA
BUKAN SAJA DIRINDUI YANG BIASA
MALAH ADAM TURUT SUNYI TANPA HAWA

AKAL MU SENIPIS BILAHAN RAMBUT
TERBANGKANLAH IA DENGAN LIMPAHAN ILMU
JUA HATI MU BAK KACA YANG RAPUH
KUATKANLAH IA DENGAN IMAN YANG TEGUH

TERCIPTA ENGKAU DARI RUSUK LELAKI
BUKAN DARI KAKI UNTUK DI ALASI
BUKAN DARI KEPALA UNTUK DI JUNJUNG
TAPI DEKAT DI BAHU UNTUK DI LINDUNG
DEKAT JUA DI HATI UNTUK DI KASIHI
ENGKAULAH WANITA HIASAN DUNIAWI

MANA MUNGKIN LAHIRNYA BAYANGAN YANG LURUS ELOK
JIKA ADATANGNYA DARI KAYU YANG BENGKOK
BEGITULAH PERIBADI YANG DI BENTUK
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

DIDIKLAH WANITA DGN KEIMANAN BUKANYA HARTA
ATAU PUJIAN KERTA TIDAK DERITA
MENGAHARAP PADA YANG BINASA
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

SEDARILAH INSAN ISTIMEWA
BAHWAA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN
BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN
BAHKAN SEBAGAI PERHIASAN KECANTIKAN

Saturday, June 19, 2010

WANITA


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

DI AMBIL DARI http://idarizyani.blogspot.com
PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDI

Friday, June 18, 2010

DIRIKU HANYA UNTUK-MU



Wahai hatiku,mengapa engkau tergelincir,percaya pada kekuatan lain selain kekuatan ALLAH..........??? Mengapa engkau sandarkan permasalahanmu kepada benda,kepada orang..?? Cukupkanlah ALLAH sebagai pelindungmu.Cukupkanlah ALLAH sebagai penolongmu.

Wahai hatiku,ketika tidak berdaya hinggap pada dirimu,ketika kelemahan menjadi sebahagian dari dirimu,ingatlah ALLAH,dan segeralah berjalan menuju kepadaNYA.ALLAH akan menguatkanmu,dan ALLAH akan sentiasa bersedia menemani dirimu.....
Mahukah engkau wahai hatiku..........????

Ya Robb....aku berlindung dari siksa-MU,dengan sebab maafMU.Aku berlindung dari kemarahanMU,dengan sebab keredhaanMU.Aku berlindung dengan keperkasaanMU...
Wahai Zat yang pantas dipuji,segala puji-pujian hanyalah layak untukMU...........ampunkan segala dosaku.........

PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDI
ZAINAL FIKHRY FIRDAUS BIN ZAINAL MURAD.

MEMULAKAN DARI DIRI SENDIRI


Dalam apa jua keadaan, perbuatan, perlakuan atau pekerjaan yang di lakukan hendaklah di lakukan dengan bergantung kepada diri kita sendiri. Begitu juga dengan aspek pengurusan masa, walaupun terdapat pelbagai bacaan yang berkenaan dengan panduan mengurus masa, tetapi apabila kita tdk mengambil pengajaran semua penerangan di dlam buku itu,ianya tdk membawa kesan dan faedah kepada kita yang membaca.

Oleh demikian,perkara yang harus di titik beratkan ialah mengurus masa dengan lebih berdisiplin.

contoh:
" kita malas membaca buku" dengan alasan ketiadaan mood, sedangkan soal mood bergantung kepada pemikiran seseorang itu,apabila kita benar2 ingin menguruskan masa dengan teratur dan berjaya, seharusnya kita melawan segala sifat negatif yang mendiami diri kita sekian lama.
jangan membiarkan ketiadaan mood menguasai diri dan pemikiran kita.
Tanamkan sikap tegas di dalam diri kita,agar segala virus negatif dapat dinyahkan dengan sempurna.

TIPS UTAMA DALAM USUL INI IALAH : MERANCANG DAN MELAKSANAKAN
  • MEMULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI
  • MELAKSANAKAN
  • MENILAI KEMBALI



PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDI
ZAINAL FIKHRY FIRDAUS BIN ZAINAL MURAD.

Wednesday, June 16, 2010

TELAGA BUDI MANAGEMENT TRAINING CENTRE
PROGRAM MOTIVASI DAN KEINSAFAN DIRI yang bertajuk " AKUKAH TANGGANG "



Cebisan klip video program motivasi dan bimbingan diri anjuran TELAGA BUDI MANAGEMENT TRAINNG CENTRE..vedio ini diambil ketika program yang bertajuk " AKUKAH TANGGANG " di jalankan,
dan peserta terdiri dari pelajar di bangku sekolah rendah,sekolah menengah,dan pelajar ipta & ipts....
dengan penyampaian yang menarik dan input-input yang mampu menyentuh hati pendengar,program ini berjaya memikat dan memberi kesan yang mendalam kepada para pendengar...Setiap titisan air mata keinsafan merupakan satu titik permulaan ke jalan kebaikkan...
Dengan gandingan dua penceramah yang di berikan bakat yang tersendiri dan dengan izin dari ALLAH S.W.T. perjalanan program " AKUKAH TANGGANG " ini berjaya di sempurnakan dengan jayanya.
kami hanya membantu sedaya yang kemi termampu.Dengan izin ALLAH juga kami membantu dan dengan izinNYA juga kami laksanakan sedaya upaya.

video ini bukanlah untuk mengaibkan atau memburukkan mana-mana pihak...ianya sekadar renungan dan tatapan umum mengenai program anjuran TELAGA BUDI MANAGEMENT TRAINING CENTRE.

Tuesday, June 15, 2010

JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG YANG HEBAT DARI YANG TERHEBAT.

Berfikiran Positif.
Apabila kita mampu berfikiran positif semasa diri tertekan, nescaya kita mampu mengawal emosi kerana dengan berfikiran positif kita dpt melihat kebaikan yang tersirat di sebalik tekanan tersebut dan akan merasa tenang.


Tenangkan Fikiran.
Bertenang dapat mengawal emosi kerana apabila bertenang kita mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak melulu. Fikiran yang rasional menghasilkan tindakan yang betul, berkesan serta mengurangkan tekanan.

Sentiasa Senyum.
Ianya merupakan tindakan yang mudah, serta memberi kesan yang bernilai. Senyum dapat menenangkan perasaan yang berkemuncak. Oleh itu cubalah senyum di dalam setiap perkara, ianya dapat menunjukkan ketabahan seseorang.

Motivasikan Diri.
Kadang-kadang di sebabkan terlampau kecewa,kita berasa hilang semangat,bersendirian,dan gagal mengatsi kekecewaan.oleh itu,kembalikkan semangat diri dengan cara bermotivasi diri.

Sentiasa memaafkan orang lain.
Apabila kita menyimpan perasaan tdk puas hati dengan orang lain, caranya, lupakan kesalahan individu tersebut dan memaafkannya dan jangan memikirkan masalah tersebut.T indakan begini dapat menenangkan perasaan kita dan dapat membina kekuatan bagi menyelesaikan masalah.

Berdoa.
Berdoa adalah cara yang terbaik bagi menenangkan fikiran. Ketika ingin berdoa sudah tentu fikiran kita berasa tenang kerana doa tidak pernah di lakukan di dalam keadaan yang marah. Menceritakan segalanya kepada MAHA PENCIPTA, kita akan memperoleh kekuatan bagi mengawal perasaan, seterusnya dapat mengatasi masalah yang di tanggung tersebut.

TELAGA BUDI program kesedaran " AKUKAH TANGGANG "



air mata ini tidak akan menitis jika hati ku tidak tersentuh...!

program motivasi dan keinsafan diri " AKUKAH TANGGANG "

kami berbohong jika kami mengatakan yang kami mampu mengubah seseorang itu...dan kami berbohong jika kami mengatakan kami mampu memperbaiki kesilapan seseorang itu, melainkan mereka sendiri yang mengharapkan perubahan di dalam diri mereka....

kami TELAGA BUDI MANAGEMENT TRAINING CENTRE hanya mampu membantu, selebihnya bergantung kepada diri mereka(pendengar) sendiri....dengan izin ALLAH.
InsyaALLAH kita mampu memperbaiki kesilapan yang pernah kita lakukan selama ini....

Program pengendalian TELAGA BUDI bertajuk ' AKUKAH TANGGANG "


air mata keinsafan yg mengalir merupakan penghapus titik hitam di dalam hati kita...
menangislah di kala memikirkan keterlanjuran diri kita.

profil TELAGA BUDI MANAGEMENT TRAINING CENTRE


TELAGA BUDI MANAGEMENT TRAINING CENTRE merupakan sebuah syarikat motivasi dan bimbingan diri, program yang dijalankan sesuai untuk diikuti oleh lapisan masyarakat dan tidak mengira umur....
matlamat utama TELAGA BUDI ialah menjadi sebuah syarikat yang mampu mambantu ibu bapa, remaja dan kanak-kanak, di dalam mempersiapkan diri bagi meneruskan perjalanan hidup yang semakin mencabar dan membantu di dalam aspek kejayaan di dunia dan di akhirat....
Sehingga kini, TELAGA BUDI giat menjalankan program di sekolah-sokolah, IPTA, IPTS dan kakitangan kerajaan dan awam.
Setiap program pengendalian TELAGA BUDI MENAGEMENT TRAINING CENTRE dikendalikan oleh dua ahli penal yang di ketuai oleh USTAZ ZAMZURI BIN ZAKARIA atau dikenali lebih rapat sebagai USTAZ ZAM AR-RAWA merangkap pengurus pertama TELAGA BUDI.dan turut di bantu oleh SAUDARA ZAINAL FIKHRY FIRDAUS BIN ZAINAL MURAD yang merangkap pengurus kedua TELAGA BUDI. Memandangkan perbagai isu sosial yang kian meningkat,kami TELAGA BUDI MANAGEMENT berasa bertanggungjawab bagi menekankan aspek kerohanian,amanah sesama manusia, agama, bangsa dan juga negara. Pengendalian yang mantap dan cara penyampaian yang berbeza mampu menarik perhatian para pendengar dan mudah untuk difahami dan diterima oleh para remaja. Kami TELAGA BUDI cuba untuk membantu bagi membenduk gejala-gejala negatif di kalangan masyarakat terutama para remaja,dan kanak-kanak di bangku persekolahan agar dapat melahirkan para remaja dan pemimpin negara yg berpontensi tinggi untuk melangkah lebih jauh bagi mencapai kejayaan terutama di akhirat dan di dunia.