Tuesday, November 16, 2010

pEtUa mEnJaDI PeLaJaR CeMeRlAnG


1. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.


2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


4. Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.


5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya..


6. Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


7. Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]


PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDI~

Monday, August 9, 2010

TAHNIAH....BANGGA DAN MUSNAH....

bakat yang terpendam disatukan di dalam kumpulan,agar mampu untuk menbuktikan bahawa diri mereka ( pelajar SKDAST ) mampu untuk berjaya...
hasil yang di "BANGGAKAN"

MUSNAH TANPA "PEMBELAAN"....

PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDISEKOLAH RENDAH KAMPUNG DATO AHMAD SAID


PROGRAM KHEMAH IBADAH yang di kendalikan oleh PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDI.

EN.ZAMZURI B ZAKARIA sibuk mengendalikan slot MENGEMIS KASIH.



senyuman yang di sulami dengan tangisan penyesalan pada akhir pengisian.
kusyuk mendengar.....

Monday, July 26, 2010

SEKOLAH AGAMA MAAHAD AS-SYAFEI

kasih nya ibu membawa kesyurga,kasih saudara bila berada,kasihnya bapa rela berpisah demi melihat anak berjaya..........

ayah.........ibu..........aku anakmu yang berdosa,aku anakmu yang seringkali menyusahkan kalian berdua....aku anakmu yang sering menyakiti hati kalian......ampunkan anakmu ibu...ampunkan anakmu ayah.......aku merayu keampunan darimu ibu........

Siapa kawan kita yang mampu berikan kesenangan pada diri kita??
siapa kawan kita yang sanggup bersusah payah untuk melindungi kita..??
siapa kawan kita yang sering kali mentuturkan kata-kata semangat dan dorongan kepada kita...??
kenali kawan kita,dan jadikan kawan itu adalah SAHABAT KITA....
SAHABAT SEJATI
KEMANA KITA PERGI
SAHABAT SETIA MENANTI
SETIAP RINTANGAN YANG DILALUI
SAHABAT SENTIASA DI SISI...

PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDI

SEKOLAH AGAMA MAAHAD AS-SYAFEI




SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD AS-SYAFEI.
PROGRAM PERUBAHAN MENJANA KECEMERLANGAN

Wednesday, July 14, 2010

BERSYUKURKAH KITA....????

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya
yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

ZALIMNYA KITA

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu> ayat..."

Friday, July 2, 2010

Wahai Pemilik Arsy...
Wahai Pemilik Tunggal alam semesta...
Wahai Zat yang tidak pernah tidur...ku ketuk perlahan pintuMU dengan doaku...
kerana Engkailah tunjang segala pengharapanku...
tempat berlindung orang-orang yang zalim...
di atas kezalimannya sendiri...
tempat berlindung orang-orang yang di dalam ketakutan...
kerana di atas perbuatannya sendiri...
Wahai Zat yang tidak pernah menutup pintuMU untukku...
andai KAU tutup pintuMU untuk ku...
kemanakah lagi harus aku pergi,meminta pertolongn dan mengadu pengharapan...
kemanakah aku harus mencari perlindungan...
dari segala perbuatan burukku...
dari kejaran bayang-bayang dosa-dosaku...
dari kejaran masa laluku...
dari kemurkaanMU YA TUHANKU...
YA ALLAH...ENGKAULAH TUHAN TEMPAT AKU MENGABDIKAN DIRIKU....
HANYA PADA ENGKAU AKU MERAYU...
KUKUHKAN KEIMANANKU KU KEPADA-MU...
YA ALLAH......
ENGKAU LAH TUHAN KU.........

PUSAT MOTIVASI TELAGA BUDI.....
YA ALLAH..
KAU dekatkan ku dengan agamaMU.
KAU dekatkanku dengan diriMU.
KAU dekatkanku dengan rahmatMU.
KAU dekatkanku dengan syurgaMU.
jgn KAU biarkan aku hanyut di dlam keduniaanku
jgn KAU biarkan aku leka dan alpa di dalam dunia remajaku.
jgn pula KAU biar aku berpaling dari landasan yang telah KAU berikan.

YA ALLAH...
hidupku...
matiku....
hanya intukMU....

YA ALLAH...
mataku,..
tanganku...
kaki ku....
pendengaran ku....
pancar inderaku...
dan segala kurnian dan nikmat yg KAU berikan pada ku adalah pinjaman buatku...
jgn KAzu biarkan aku menzalimi diriku sendiri..

dalam mngenal kisah hidup silam,ku sedar dr kesilapan lalu...
TUHAN,beratnya dosa2ku msihkah ada keampunan buat ku...
TUHAN dalam menempuh hdup ini...banyaknya dugaan yg dtg mnguji..
TUHAN ada yg dptku gagahi dan ada yg gagal aku hindari..
TUHAN dosaku mngunung tggi..tp taubatku xku tidak pernah aku tepati..
TUHAN rahmat mu melangit luas,namun tidak sdikit pun aku bersyukur..
kini ku kmbali pd MU
mgharap makfirah drimu moga akan terampun sgala dosa2ku..
biarpun ujian melanda ku ttp berkasih pd MU..
kerna ku yakin kasih MU kekal dan tiada sudahnya...

99 NAMA ALLAH


AR-RAHMAN

MAHA PEMURAH

AR-RAHIM

MAHA PENGASIH

AL-MALIK

MAHA AGUNG

AL-QUDDUS

MAHA SUCI

AS-SALAM

MAHA SELAMAT SEJAHTERA

AL-MUKMIN

MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

AL-MUHAIMIN

MAHA PENGAWAL & PENGAWAS

AL-AZIZ

MAHA BERKUASA

AL-JABBAR

MAHA KUAT

AL-MUTAKABBIR

MAHA MEMILIKI KEBESARAN

AL-KHALIQ

MAHA PENCIPTA

AL-BARI

MAHA MENJADIKAN

AL-MUSAWWIR

MAHA PEMBENTUK

AL-GHAFFAR

MAHA PENGAMPUN

AL-QAHHAR

MAHA MENENTUKAN

AL-WAHHAB

MAHA PEMBERI

AR-RAZZAQ

MAHA PEMBERI REZEKI

AL-FATTAH

MAHA PEMBUKA

AL-ALIM

MAHA MENGETAHUI

AL-QABIDH

MAHA PENGEKANG

AL-BASIT

MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

AL-HAFIDD

MAHA MERENDAHKAN

AR-RAFI’

MAHA MENINGGIKAN

AL-MU’IZ

MAHA MEMULIAKAN

AL-MUZIL

MAHA MENGHINAKAN

AS-SAMI’

MAHA MENDENGAR

AL-BASIR

MAHA MELIHAT

AL-HAKAM

MAHA PENGHUKUM

AL-‘ADL

MAHA ADIL

AL-LATIF

MAHA LEMBUT

AL-KHABIR

MAHA MENGETAHUI

AL-HALIM

MAHA PENYANTUN/SABAR

AL-‘AZIM

MAHA AGUNG

AL-GHAFUR

MAHA PENGAMPUN

ASY-SYAKUR

MAHA BERSYUKUR

AL-‘ALIY

MAHA TINGGI

AL-KABIR

MAHA BESAR

AL-HAFIZ

MAHA PEMELIHARA

AL-MUQIT

MAHA PENJAGA

AL-HASIB

MAHA PENGHITUNG

AL-JALIL

MAHA SEMPURNA

AL-KARIM

MAHA PEMURAH

AR-RAQIB

MAHA MENGAWASI

AL-MUJIB

MAHA MENGABULKAN

AL-WASI’

MAHA LUAS

AL-HAKIM

MAHA BIJAKSANA

AL-WADUD

MAHA MENGASIHANI

AL-MAJID

MAHA MULIA

AL-BA’ITS

MAHA MEMBANGKITKAN

ASY-SYAHID

MAHA MENYAKSIKAN

AL-HAQ

MAHA BENAR

AL-WAKIL

MAHA PENTADBIR

AL-QAWIY

MAHA KUAT

AL-WALIY

MAHA PELINDUNG

AL-MATIN

MAHA TEGUH

AL-HAMID

MAHA TERPUJI

AL-MUHSI

MAHA PENGHITUNG

AL-MUBDI

MAHA MEMULAI

AL-MU’ID

MAHA MENGEMBALIKAN

AL-MUHYI

MAHA MENGHIDUPKAN

AL-MUMIT

MAHA MEMATIKAN

AL-HAYY

MAHA HIDUP

AL-QAYYUM

MAHA BERDIRI SENDIRI

AL-WAJID

MAHA PENEMU

AL-MAJID

MAHA MULIA

AL-WAHID

MAHA ESA

AL-AHAD

MAHA ESA (SATU)

AS-SAMAD

TEMPAT BERGANTUNG

AL-QADIR

MAHA BERUPAYA

AL-MUKTADIR

MAHA BERKUASA

AL-MUKADDIM

MAHA MENYEGERAKAN

AL-MUAKHIR

MAHA MENGAKHIRKAN

AL-AWWAL

YANG PERTAMA

AL-AKHIR

YANG AKHIR

AZ-ZAHIR

YANG ZAHIR

AL-BATIN

YANG BATIN

AL-WALI

YANG MEMERINTAH

AL-MUTA’ALI

MAHA TINGGI & MULIA

AL-BARR

MAHA BAIK

AT-TAWWAB

MAHA PENERIMA TAUBAT

AL-MUNTAQIM

MAHA PENGHUKUM

AL-‘AFUW

MAHA PEMAAF

AR-RAUF

MAHA BELAS KASIHAN

MALIKUL-MULK

MAHA PEMILIK KERAJAAN

DZUL-JALALI

MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN

AL-MUQSIT

PEMILIK KEADILAN

AL-JAMI’

MAHA MENGUMPULKAN

AL-GHANIY

MAHA KAYA

AL-MUGHNI

YANG MAHA MEMAKMURKAN

AL-MANI’

MAHA PENCEGAH

AD-DARR

MAHA MENDATANGKAN

AN-NAFI’

YANG MEMBERI MANFAAT

AN-NUR

MAHA PEMBERI CAHAYA

AL-HADI

MAHA PEMBERI PETUNJUK

AL-BADI’

MAHA PENCIPTA KEINDAHAN

AL-BAQI

MAHA KEKAL

AR-WARITS

MAHA MEWARISI

AR-RASYID

MAHA PEMBERI PETUNJUK

AS-SABUR

MAHA PENYABAR